Showing all 3 results

Nak Buat Almond London Viral untuk Raya?
Kami kongsikan resepi trending di bawah:

Bahan-bahan boleh didapati di:
https://raudhahgrocer.com/product-category/ramadhan-raya/almond-london/

Bahan-Bahan:
250 gm butter
2 1/2 cawan tepung gandum ( 250 gm )
1/2 cawan nestum ( 50 gm ) ( di kisar halus )
1 cawan tepung jagung ( 100 gm )
1 cawan gula aising ( 100 gm )
1 biji kuning telur
Badam biji di panggang secukupnya
Badam cincang untuk hiasan
Coklat masakan secukupnya
Mangkuk paper cup – warna hitam yang paling sesuai
Sedikit minyak jagung

Cara-Cara:
1. Pukul butter bersama gula hingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.
3. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum.
4. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
5. Ambil sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur.
6. Bakar pada suhu 180’C selama 20 minit.
7. Masak coklat masakan menggunakan kaedah double boiler, masukkan sedikit minyak jagung untuk mengilatkan coklat.
8. Apabila coklat dah cair sepenuhnya celupkan biskut sebiji – biji.
9. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang.
10. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara.