Showing all 3 results

Nak Buat Kek Lapis Sarawak untuk Raya?
Kami kongsikan resepi Kek Lapis Sarawak trending di bawah:

Bahan-bahan boleh didapati di:
https://raudhahgrocer.com/product-category/ramadhan-raya/kek-lapis-sarawak/

Bahan-Bahan:
10 biji telur gred A
1/2 cawan gula halus
1 tin krimer manis
1 1/4 buttercup.
1 packet haw flakes / prune (dihiris halus)
2 1/2 cawan biskut lemak / Marie yang telah diblend.
1 sk esen vanilla.
1 sk serbuk penaik. *terpulang
Pewarna hijau dan kuning.

Cara-Cara:
1. Pukul putih telur bersama gula hingga betul-betul kembang.
2. Pukul butter bersama susu hingga kembang.
3. Masukkan adunan putih telur dan gula ke dalam adunan butter. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan kuning telur dan kacau sebati.
5. Ketika mixer beroperasi, masukkan serbuk biskut sedikit demi sedikit sehingga habis.
6. Seterusnya masukkan esen vanilla dan serbuk penaik dan kacau hingga sebati.
7. Panaskan periuk kukus.
8. Bahagi adunan kepada 2. Satu adunan masukkan pewarna kuning dan satu lagi hijau. Sedia untuk dikukus.
9. Masukkan lapisan pertama ke dalam bekas kukusan. Lebih kurang 2 senduk dan susun haw flakes / hirisan prune. Tutup periuk kukus dan tunggu hingga ± 10 min.
10. Kemudian masukkan lapisan kedua dan susun haw flakes / hirisan prune. Selang selikan warna.
11. Ulang step yang sama untuk lapisan-lapisan seterusnya hingga habis. Untuk lapisan terakhir kukus 15-20 min. Sedia dihidang.