Showing all 1 result

Nak Masak Ketupat Palas Viral untuk Raya?
Kami kongsikan resepi trending di bawah:

Bahan-bahan boleh didapati di:
https://raudhahgrocer.com/product-category/ramadhan-raya/ketupat-palas/

Bahan-Bahan:
1 kg beras pulut susu
1 kg santan pekat
1 cawan air
1 1/2 sudu kecil garam
2 ikat daun pandan

Pilihan:
3 batang jagung
2 cawan kacang ketupat

Cara-Cara:
1. Basuh beras pulut dan toskan airnya.
2. Masak santan, air, garam dan daun pandan dalam periuk dengan api sederhana.
3. Apabila hampir mendidih, masukkan beras pulut.
4. Kacau dengan senduk kayu secara berterusan sehingga likat.
5. Sebelum air kering, tutup api.
6. Sementara tunggu sejuk, air akan kering sendiri dan beras akan menjadi separuh masak.
7. Boleh gaulkan jagung atau kacang yang belum masak bersama beras separuh masak, jika anda mahu.
8. Apabila pulut sudah sejuk, masukkan ke dalam daun ketupat palas. Ikat ketat dan kemas, akhir sekali simpulkan tangkainya supaya apabila masak nanti pulut tidak terburai dan air tidak masuk ke dalam daun.
9. Masukkan kesemua pulut yang dah dibalut dengan daun palas ke dalam periuk.
10. Isi air hingga paras tinggi ketupat.
11. Masak sehingga airnya kering. Biarkan sejuk dan sedia dimakan bersama rendang pilihan.