Showing all 7 results

Nak Masak Kuah Kacang Daging Viral untuk Raya?
Kami kongsikan resepi trending di bawah:

Bahan-bahan boleh didapati di:
https://raudhahgrocer.com/product-category/ramadhan-raya/kuah-kacang-daging/

Bahan-Bahan:
3-4 kg daging – potong kecil dan rebus
2 kg kacang tanah
2 cawan cili kering kisar
2 1/2 cawan gula pasir perang
16 sudu besar gula pasir – atau secukup rasa
3-4 keping gula Melaka
3 sudu besar garam kasar – atau secukup rasa
4 cawan minyak jagung
24 batang serai
16 cawan air atau secukupnya

Bahan kisar:
5 biji bawang besar
20 biji bawang merah
12 ulas bawang putih
4 inci halia
4 inci lengkuas

Cara-Cara:
1. Kacang tanah digoreng dalam minyak yang panas. Perlahankan api dan terus digoreng sehingga kekuningan dan kacang masak.
2. Masukkan dalam plastik dan dihentak hentak. 3. Kemudian tampi kacang tersebut untuk membuang kulit sebelum dikisar. Nota: Boleh bakar kacang menggunakan oven jikalau tidak mahu goreng kacang)
4. Kacang tanah dikisar dengan air tidak terlalu hancur, sekadar untuk menggerakkan blender.
5. Tuang ke dalam periuk dan tuang sedikit air.
6. Masak dengan api perlahan sehingga kacang kembang.
7. Panaskan minyak jagung dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
8. Setelah garing, masukkan cili kisar, tumis lagi hingga cili benar benar masak dan garing dengan api perlahan.
9. Setelah cili garing dan terbit minyak, masukkan kacang yang direbus, gula perang, gula Melaka dan garam.
10. Kemudian masukkan daging yang telah direbus dengan air.
11. Masak dengan api perlahan dan mereneh sehingga kuah pekat.