Nak Buat Biskut Suji untuk Raya?
Kami kongsikan resepi Biskut Suji trending di bawah:

Bahan-bahan boleh didapati di:
https://malakatgrocer.com/product-category/ramadhan-raya/biskut-suji/

Bahan-Bahan:
454 gm minyak sapi
700 gm tepung gandum – diayak terlebih dahulu
1 biji telur
1 sudu gula halus / caster
* 1 mangkuk kecil gula halus / caster untuk hiasan dn secukupnya
Cara-Cara:
1. Pukul telur bersama 1 sudu besar gula halus / caster sehingga sebati kesemuanya.
2. Masukkan minyak sapi dan gaul sehingga rata bahan tadi.
3. Masukkan tepung gamdum dan gaul sehingga menjadi doh dan sehingga boleh di bentuk.
4. Jikalau adunan masih lembik tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga boleh dibentuk.
5. Bentukkan doh tadi bulat-bulat sehingga selesai
6. Bakar pada suhu 170°C selama 15-20 minit sehingga bawahnya kekuningan setelah masak angkat dan sejukkan sebentar
7. Golekkan biskut ke dalam gula halus/caster sehingga selesai dan simpan kedalam bekas kedap udara.

No products were found matching your selection.