Nak Masak Lontong Viral untuk Raya?
Kami kongsikan resepi trending di bawah:

Bahan-bahan boleh didapati di:
https://malakatgrocer.com/product-category/ramadhan-raya/lontong/

Bahan-bahan:
1/4 biji kubis
1/4 biji sengkuang – potong panjang
1 batang lobak merah – potong panjang
6 batang kacang panjang
2 biji terung panjang
1 biji kentang – potong 8
2 keping fucuk – rendam dan potong kecil
1 ikat soo hoon – rendam dan potong kecil
1 keping tempe – potong dadu besar dan goreng
2 keping tauhu – potong kecil dan goreng
2 batang cili merah – hiris
2 batang serai – ketuk
1 cawan udang hidup
2 santan kotak
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit

Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering – rendam dan tos

Bahan-Bahan:
1. Masak bahan kisar dan serai bersama air sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
2. Tambahkan air secukupnya ke dalam kuali dan biarkan sehingga ianya mendidih lagi.
3. Masukkan semua bahan dan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut.
4. Masukkan santan dan kacau rata supaya ianya tidak berketul.
5. Masukkan pula udang serta sedikit serbuk kunyit bagi mencantikkan warna.
6. Akhir sekali masukkan cili merah, tauhu dan tempe yang digoreng. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatan.
7. Terus kacau kuahnya selepas beberapa minit api ditutup.

No products were found matching your selection.