Nak Buat Biskut Mazola untuk Raya?

Kami kongsikan resepi  trending di bawah:

Bahan-Bahan:
1 cawan rata gula icing (130g) / jika guna gula halus kurangkan 2 sudu makan (110g)
2 1/2 cawan tepung gandum (250g)
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
*semua bahan di atas diayak bersama.
1 cawan membukit kacang tanah kisar.(disangai, dibuang kulit, dikisar baru disukat)
Minyak mazola @ minyak jagung secukupnya
Lebihan kacang tanah sangai tadi & kuning telur untuk sapu.

Cara-Cara:
1. Campur rata kacang tanah kisar (sedikit agak kasar) bersama bahan-bahan yang diayak tadi.
2. Uli bahan-bahan tadi bersama minyak mazola hingga menjadi 1 doh yang lembut dan boleh diterap.
3. Gelek doh antara 2 plastik, terap dengan acuan(celup dlm tepung acuan sebelum menerap supaya lekang).
4. Susun dalam dulang bersapu marjerin dan letakkan 1/2 biji kacang tanah yang dah disangai td.
5. Sapu kuning telur atas biskut termasuklah ½ biji kacang tanah tadi.
6. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 150°C dalam 30 minit.

No products were found matching your selection.