Showing all 7 results

Nak Buat Rempeyek Viral untuk Raya?
Kami kongsikan resepi Rempeyek Viral trending di bawah:

Bahan-bahan boleh didapati di:
https://raudhahgrocer.com/product-category/ramadhan-raya/rempeyek-viral/

Rempeyek ‘Viral’
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung beras (cap teratai)
Sebiji telur
Setengah kotak kecil santan
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
Ikan bilis (ditumbuk sedikit)
Ikan bilis
Kacang tanah (tidak perlu disangai ataupun dijemur)
2 cawan air
Garam

Cara-Cara:
1. Masukkan tepung beras, telur, santan, bawang putih, jintan manis, jintan putih, ikan bilis tumbuk, air dan garam di dalam bekas.
2. Gaulkan kesemua bahan tersebut sehingga semuanya sebati.
3. Kemudian panaskan kuali berisi minyak.
4. Rendamkan sudip di dalam minyak panas tersebut.
5. Kemudian, letakkan sedikit bancuhan tepung tadi ke atas sudip yang panas.
6. Ratakan nipis bancuhan tepung ke atas sudip.
7. Letakkan kacang dan ikan bilis di atas bancuhan tepung di sudip tersebut.
8. Masukkan sudip berisikan bancuhan tepung, kacang dan ikan bilis ke dalam minyak.
9. Biarkan bahan tersebut lurut daripada sudip apabila dimasukkan ke dalam minyak.
10. Biarkan rempeyek berenang sebentar di dalam minyak panas sehingga kuning keemasan dan rangup.
11. Angkat rempeyek daripada kuali dan toskan minyaknya ke tepi.