Showing all 11 results

Nak Masak Rendang Ayam Viral untuk Raya?
Kami kongsikan resepi trending di bawah:

Bahan-bahan boleh didapati di:
https://raudhahgrocer.com/product-category/ramadhan-raya/rendang-ayam/

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam – potong kecil
1 senduk cili kisar – ikut suka pedas
10 ulas bawang merah – mayang
6 ulas bawang putih – mayang
1 inci halia – mayang
1 inci kunyit hidup – tumbuk
1/2 inci lengkuas – tumbuk
4-5 batang serai – hiris nipis
1/4 biji kelapa parut – goreng dan tumbuk kasar
2 helai daun kunyit – hiris halus
Garam
Gula
Asam keping
Santan secukupnya

Bahan kisar:
20 tangkai cili kering – guna 4 sudu besar cili kisar
2 labu bawang besar
6-8 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
4 batang serai
3 inci halia
3 inci lengkuas
2 biji buah keras

Cara-Cara:
1. Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan.
3. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.
4. Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping.
5. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api.