Showing all 9 results

Nak Masak Rendang Tok Viral untuk Raya?
Kami kongsikan resepi trending di bawah:

Bahan-bahan boleh didapati di:
https://raudhahgrocer.com/product-category/ramadhan-raya/rendang-tok/

Bahan-Bahan:
2 kg daging – potong kiub
5 biji kelapa (santan)
½ plastik kecil / 1½ sb jintan putih) goreng tanpa minyak dan tumbuk
2 plastik kecil / 6 sb jintan manis )
1-2 senduk cili giling- ikut pedas disukai
Kerisik – 1 biji kelapa
1 ketul gula melaka
2-5 helai daun kunyit – hiris
Lengkuas – mesin/perah air dan ambil hampas saja
Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 keping Asam keping
Sedikit belacan
Garam
Gula
Bahan hiris halus:
30 ulas bawang merah
10 bawang putih
5 cm halia
5 -7 batang serai

Cara-Cara:
1. Masuk semua bahan kecuali daun kunyit, asam keping, kerisik dan santan ke dalam periuk.
2. Perap dengan daging selama dua hingga empat jam. (Boleh gunakan pressure cooker)
3. Masak dan didihkan perlahan-lahan hingga air kering. Baru dimasukkan santan.
4. Reneh selama 3 jam. Masukkan kerisik, gula melaka, gula dan garam.
5. Kacau dengan kerap sehingga daging menjadi empuk, berwarna agak hitam dan kering. Perlu dikacau dengan kerap supaya tidak hangit.
6. Masukkan daun kunyit dan asam keping.
7. Kacau lagi hingga rata. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.