Showing all 6 results

Nak Masak Sate Ayam Viral untuk Raya?
Kami kongsikan resepi sate trending di bawah:

Bahan-bahan boleh didapati di:
https://raudhahgrocer.com/product-categ…/ramadhan-raya/sate/

Bahan-Bahan:
2 kg isi ayam – dipotong
½ kg gula
2 sudu makan serbuk jintan manis
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam

Bahan kisar:
1 labu bawang putih
4 biji bawang besar
4 batang serai
5 inci halia / lengkuas

Cara-Cara:
1. Masukkan isi ayam ke dalam bekas.
2. Tambahkan gula, bahan kisar, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
3. Perap isi ayam seketika dan cucuk menggunakan lidi.
4. Bakar sate sehingga masak dan sedia dinikmati bersama kuah kacang dan nasi impit.