Showing all 3 results

Nak Buat Biskut Semperit Susu Viral untuk Raya?
Kami kongsikan resepi sate trending di bawah:

Bahan-bahan boleh didapati di:
https://raudhahgrocer.com/product-category/ramadhan-raya/semperit-susu/

Bahan-Bahan:
250 gm mentega
½ tin susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
100 gm tepung ubi (diayak)
400 gm tepung jagung (diayak)
Chocolate rice atau coklat cip secukupnya

Cara-Cara:
1. Sapu mentega di atas dulang pembakar dengan kertas minyak. Ketepikan.
2. Pukul mentega, susu pekat manis dan esen vanila sehingga sebati.
3. Masukkan tepung ubi dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Gaul rata.
4. Masukkan adunan ke dalam acuan dahlia pecah 15 dan pamkan di atas dulang pembakar. Taburkan sedikit chocolate rice di tengah-tengah biskut.
5. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 150°C dengan api bawah sahaja selama 15-20 minit.
6. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.