Showing all 7 results

Nak Masak Serunding Daging Viral untuk Raya?
Kami kongsikan resepi trending di bawah:

Bahan-bahan boleh didapati di:
https://raudhahgrocer.com/product-category/ramadhan-raya/serunding-daging/

Bahan-Bahan:
2 kg daging (batang pinang) direbus empuk, ditos air rebusannya dan dicarik
400 gm cili kering
2 labu bawang merah besar
5 ulas bawang putih
4 cm lengkuas
2.5 cm halia
4 – 5 batang serai
150 gm ketumbar
150 gm jintan manis
250 gm gula merah / perang / putih
50 ml santan
Jus asam jawa
50 gm kerisik

Cara-Cara:
1. Sangai ketumbar dan jintan manis.
2. Kisar bawang besar, bawang putih beserta ketumbar dan jintan manis yang sudah disangai tadi.
3. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
4. Masukkan gula dan kerisik. Kacau sebati.
5. Masukkan jus asam jawa. Kacau sebati.
6. Masukkan santan pekat. Kacau sebati.
7. Tumis sampai garing.
8. Tutup api dan masukkan daging.
9. Kacau sampai rata.
10. Buka api kecil. Kacau sehingga garing dan kering. (Jangan tambah minyak sekiranya bahan-bahan melekat di kuali. Hanya tambahkan sedikit air.)